Welcome to Jabatan Tenaga Kerja Sarawak   Click to listen highlighted text! Welcome to Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Powered By GSpeech
Facebook
Increase Font Size Decrease Font Size Site Map W3C Disability Accessibility Peta Laman Capaian Kurang Upaya W3C
   
   

Panduan Tuntutan Pampasan Pekerja

 

 

 

Pengenalan

Jabatan Tenaga Kerja bertanggungjawab mengendalikan tuntutan pampasan pekerja yang ditimpa kemalanan semasa menjalankan tugas melalui penguatkuasaan Akta Pampasan Pekerja 1952. Akta ini melindungi / meliputi pekerja warganegara asing yang bekerja secara sah di negara ini dan kakitangan kerajaan manual tanpa had gaji.

Panduan ini adalah untuk memberi panduan kepada majikan dan pekerja untuk melaporkan kemalangan yang
berlaku di tempat kerja kepada Jabatan Tenaga Kerja Sarawak. Panduan ini juga bertujuan untuk menyedarkan majikan dan pekerja akan hak dan tanggungjawab masing-masing di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952.


Latarbelakang

Tuntutan pampasan boleh dibuat di bawah Seksyen 8, Akta Pampasan Pekerja 1952 bagi kemalangan-kemalangan yang menimpa pekerja seperti berikut:

a) Kes Hilangupaya Sementara (HUS)
Hilangupaya sementara bermakna keupayaan seseorang pekerja mencari nafkah dalam pekerjaan yang mampu dibuatnya semasa kemalangan adalah dikurangkan untuk sementara sahaja.

b) Kes Hilangupaya Kekal (HUK)
Hilangupaya kekal bermakna seorang pekerja langsung tidak berupaya untuk menjalankan semua jenis kerja yang ia berupaya melakukan semasa kemalangan untuk selama-lamanya.

c) Kes Maut
Kematian akibat kemalangan yang berlaku di tempat kerja.


Apakah Tanggungjawab Pekerja?

Melaporakan kemalangan kerja yang menimpa dirinya atau rakannya kepada Pejabat Tenaga Kerja terdekat, sekiranya majikan gagal berbuat demikian.


Siapa Yang Boleh Menuntut

a) Kakitangan kerajaan selain daripada buruh kasar (bukan manual) yang bergaji RM 400 sebulan dan ke bawah;
b) Kakitangan kerajaan yang bekerja secara buruh kasar (manual) tanpa mengira had gaji;
c) Pekerja Asing; atau
d) Waris si mati.


Maklumat lanjut

Ketua Bahagian Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin

Tel : 6082- 242261

Emel : E-Mail Image

 

 

 

 

Tarikh akhir kemaskini pada Rabu, 23 Julai 2014.

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech