PERMOHONAN SURAT KELULUSAN SECARA DASAR (APPROVAL IN PRINCIPLE ATAU AP) UNTUK MENGGAJI PEKERJA BUKAN PEMASTAUTIN
Perkhidmatan ini terbuka kepada majikan yang ingin memohon surat kelulusan secara dasar untuk menggaji pekerja bukan pemastautin di bawah seksyn 119, Ordinan Buruh Sarawak.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Sebelum mengemukakan permohonan, majikan hendaklah memastikan perkara berikut telah dipatuhi:
-
Telah mengiklankan jawatan kosong di suratkhabar tempatan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) pada hari Ahad sahaja;
-
Telah menghebahkan siaran jawatan kosong di radio;
-
Telah mendaftar kekosongan jawatan di laman web JobsMalaysia.gov.my ; dan
-
Telah menghadiri temuduga di Jabatan Tenaga Kerja tujuh (7) hari selepas tarikh iklan di suratkhabar.
BORANG-BORANG YANG DIPERLUKAN
Jenis borang yang diperlukan ialah:
-
PK(O).JTKSWK.01/35 - Senarai semak dokumen;
-
PK(O).JTKSWK.01/29 (Borang JTKSWK 29) - Deraf iklan suratkhabar;
-
PK(O).JTKSWK.01/20 (Borang JTKSWK. 20) - Butir-butir pekerja yang digaji (semasa);
-
PK(O).JTKSWK. 27A (Borang JTKSWK. 27A) - Permohonan untuk Surat Kelulusan Secara Dasar Untuk Menggaji Pekerja Bukan Pemastautin Di Bawah Seksyen 119, Ordinan Buruh Sarawak (Dalam 2 salinan);
- Lampiran A Kepada PK(O).JTKSWK. 27A;
- Lampiran B Kepada PK(O).JTKSWK. 27A; dan
-
Jadual Pertama (Peraturan 4) Kontrak Iklan Radio Televisyen (Diperolehi daripada RTM).
PERMOHONAN LESEN UNTUK MENGGAJI PEKERJA BUKAN PEMASTAUTIN
Perkhidmatan ini terbuka kepada majikan yang ingin memohon lesen untuk menggaji pekerja bukan pemastautin di bawah seksyen 119, Ordinan Buruh Sarawak.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Permohonan ini terbuka kepada majikan yang telah diberikan AP dalam tempoh yang sah.
BORANG-BORANG YANG DIPERLUKAN
Jenis borang yang diperlukan ialah:
-
PK(O).JTKSWK.01/35 - Senarai semak dokumen;
-
PK(O).JTKSWK.01/27A-1 (Borang JTKSWK. 27A-1) - Senarai Pekerja Bukan Pemastautin yang dipohon;
-
PK(O).JTKSWK.01/27B (Borang JTKSWK. 27B) - Maklumat Pekerja Bukan Pemastautin (Pekerja Am);
-
PK(O).JTKSWK.01/27C (Borang JTKSWK. 27C) - Maklumat Pekerja Bukan Pemastautin (Pekerja Mahir); dan
-
PK(O).JTKSWK.01/27D (Borang JTKSWK. 27D) - Maklumat Pekerja Bukan Pemastautin (Pekerja Bukan Manual).
PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN UNTUK MENGGAJI PEKERJA BUKAN PEMASTAUTIN
Perkhidmatan ini terbuka kepada majikan yang ingin memohon untuk memperbaharui lesen untuk menggaji pekerja bukan pemastautin di bawah seksyen 119, Ordinan Buruh Sarawak.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Permohonan perlu dikemukakan oleh majikan dua hingga empat bulan sebelum tamatnya tempoh lesen.
BORANG-BORANG YANG DIPERLUKAN
Jenis borang yang diperlukan ialah:
-
PK(O).JTKSWK.01/35 - Senarai semak dokumen;
-
PK(O).JTKSWK.01/27A-1 - Senarai Pekerja Bukan Pemastautin yang dipohon;
JTKSWK 29 - Deraf iklan suratkhabar; dan
-
Jadual Pertama (Peraturan 4) Kontrak Iklan Radio Televisyen (Diperolehi daripada RTM).
-
Surat permohonan daripada majikan untuk memperbaharui lesen dan
-
Salinan fotostat lesen yang hendak diperbaharui
PERMOHONAN LESEN GANTIAN UNTUK MENGGAJI PEKERJA BUKAN PEMASTAUTIN
Perkhidmatan ini terbuka kepada majikan yang ingin memohon lesen gantian bagi menggantikan pekerja bukan pemastautin yang tidak dapat dimasukkan ke Sarawak atas sebab-sebab tertentu.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Permohonan ini perlu dikemukakan oleh majikan yang telah diberitahu tentang kelulusan lesen tetapi belum membuat kutipan lesen dalam tempoh yang ditetapkan.
BORANG-BORANG YANG DIPERLUKAN
Jenis borang yang diperlukan ialah:
-
PK(O).JTKSWK.01/35 - Senarai semak dokumen;
-
PK(O).JTKSWK. 27A-1 (Borang JTKSWK. 27A-1) - Senarai Pekerja Bukan Pemastautin yang dipohon;
-
PK(O).JTKSWK. 27B (Borang JTKSWK.27B) - Maklumat Pekerja Bukan Pemastautin (Pekerja Am);
-
PK(O).JTKSWK. 27C (Borang JTKSWK.27C) - Maklumat Pekerja Bukan Pemastautin (Pekerja Mahir); dan
-
PK(O).JTKSWK. 27D (Borang JTKSWK.27D) - Maklumat Pekerja Bukan Pemastautin (Pekerja Bukan Manual).
Maklumat lanjut
Ketua Bahagian Penggajian Pekerja Bukan Pemastautin
Tel : 6082- 242261
Emel :
jtknsarawak@mohr.gov.my
Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
|